Ramai orang sukar memberi maaf.
Kenapa? Sebab mereka tidak puas hati.
Tidak puas hati dengan kesalahan orang yang mereka marahi. Tidak puas hati sebab sakit dengan sikap orang yang mereka marahi.
Anda perlu tahu bahawa apabila Anda sukar untuk memberi maaf atau tidak mahu memberi maaf kepada orang yang Anda anggap bersalah pada Anda, kesannya Anda akan diselubingi pemikiran negatif yang akhirnya akan membentuk Anda menjadi orang negatif.
Sikap Anda juga akan menjadi sikap negatif. Percakapan Anda dan pemikiran Anda semuanya menjadi negatif.
Semua ini berlaku tanpa Anda sedari.
Anda cepat melenting, Anda cepat naik marah dan Anda cepat terasa hati.
Inilah akibat negatif kesan dari sikap sukar memberi kemaafan.
Apa yang Anda marahkan, itulah yang akan menjadi beban di fikiran.
Apabila sudah ada beban, Anda akan susah merasa bermotivasi. Motivasi diri Anda akan menurun serta merta. Motivasi Anda simply tidak ada.
Anda mungkin sudah membaca banyak buku motivasi, banyak membaca buku-buku ilmiah berbentuk motivasi juga mendengar ceramah-ceramah motivasi. Anda tidak akan merasai kesannya dengan mendalam apabil di hati Anda masih ada tersisa marah.
Cuci dan hilangkan rasa marah itu dengan kemaafan. Berilah maaf. Turunkan ego.
Anda akan terasa ‘ringan’ dan merasa lapang. Tidak ada bebanan emosi yang Anda tanggung.
Anda akan merasa bersemangat dan fikiran Anda dipenuhi keoptimisan. Fikiran Anda, percakapan Anda dan jiwa Anda berubah menjadi lebih baik, lebih bagus, lebih positif.
Inilah sebab kenapa orang-orang berfikiran positif selalu memberi kemaafan pada sesiapa saja yang bersalah pada mereka setiap kali mereka tidur.
Sewaktu tidur, minda Anda berada pada tahap ketenangan yang mendalam. Apa saja yang ada di fikiran Anda pada ketika itu akan diserap masuk ke dalam minda separa sedar yang akhirnya akan diserap menjadi tabiat Anda.
Jika di fikiran Anda ada kenegatifan, maka anda akan jadi negatif.
Jika di fikiran Anda ada kepositifan, maka Anda akan jadi positif. Untuk jadi insan positif, yang negatif perlu dibuang dan dibersihkan selalu.