Monday, March 19, 2012

sebab apa hidup ada cabaran



Cabaran membuat Anda berubah.
Hidup ini penuh cabaran sebab Anda perlu berubah. Anda tidak akan mencapai apa-apa dan tidak akan menikmati apa-apa jika Anda tidak berubah.
Selama Anda masih lagi seorag bayi dibawah umur satu tahun, belajar untuk berjalan menjadi satu cabaran buat Anda.
Selama Anda masih lagi seorang remaja 17 tahun di tingkatan lima, persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu cabaran buat Anda.
Bila sudah bekerja, memikat hati orang yang Anda sukai dan orang yang Anda mahu jadikan pasangan hidup juga satu cabara buat Anda.
Untuk memikat hatinya, Anda berubah, jadi semakin bertanggungjawab, semakin cantik (bagi wanita) dan semakin bergaya (bagi lelaki).
Ketahuilah cabaran wujud untuk merubah Anda.
Bila Anda menghadapi sesuatu cabaran, hadapinya dengan tenang.
Fikirkan cara bagaimana untuk mengatasinya.
Fikirkan, fikirkan.
Bila jawapan muncul dalam bentuk idea, jadikannya pemula tindakan Anda.